“Belajar Untuk Doakan Orang Lain” – Terima Lebih 30,000 Komen, Netizen Titip Kata Semangat Buat Mizz Nina

Selepas mengesahkan tentang berita perceraiannya bersama vokalis kumpulan Hujan iaitu, Noh Salleh, Mizz Nina bagaimanapun dilihat tenang dan reda dengan dugaan yang berlaku.

Malah, beberapa hari sebelum pengumuman dibuat, Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, dilihat kerap memuat naik hantaran berupa ‘quotes’ dalam bahasa Inggeris yang seolah-olah memberi bayangan bahawa beliau kini sedang melalui fasa yang sukar.

Sekaligus mengingatkan bahawa segala apa yang terjadi, kebergantungan kepada Allah juga lah yang terbaik.

 

Bagaimanapun, semenjak desas-desus tentang pergolakan rumah tangganya bersama Noh tular, peminat dan rakan selebriti tidak henti-henti mengirimkan doa dan menitipkan kata-kata semangat buat dirinya dan Musa.

Bukan itu sahaja, menerusi pemerhatian Xtra di ruangan komen berkenaan, ternyata ramai yang berbangga dengan kecekalan dan semangat wanita yang juga merupakan seorang aktivis kemanusiaan ini.

Terdahulu, Mizz Nina dan Noh Salleh memaklumkan mengenai berita perceraiannya mereka pada Khamis menerusi hantaran yang dimuat naik oleh mereka di akaun Instagram masing-masing.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2  Julai 2011. Dan, pada April lalu pasangan ini memperkenalkan anak angkat mereka yang bernama, Musa.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Sah Cerai! Noh Salleh Akhirnya ‘Buka Mulut’ Isu Berpisah Dengan Mizz Nina

ARTIKEL BERKAITAN:Noh Salleh Dan Mizz Nina Sah Bercerai?

ARTIKEL BERKAITAN:Mizz Nina Sedang Lalui Detik Sukar? – “Hanya Allah Yang Mengetahui Apa Yang Terbaik…”

ARTIKEL BERKAITAN:Tempoh 11 Tahun Bukan Penghalang Buat Mizz Nina & Noh Hujan Miliki Musa – “Jika Allah Berkehendak, Tiada Apa Yang Dapat Menghalangnya”

ARTIKEL BERKAITAN:Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke -10, Mizz Nina Beri Ucapan Istimewa Buat Noh Hujan

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Aku Tiba-Tiba Mati, Tolong Jaga Nina & Musa, Aku Mohon…” – Noh Salleh Titip Pesan Sempena Ulang Tahun Kelahirannya

Salma Syahbuddin