Belanja Foto Lentok Lepas Workout, Netizen Tarbiah Janna Nick! – “Makin Slim Makin Galak…”

Sejak kebelakangan ini pelakon dan pengacara, Janna Nick sering berkongsi foto usai melakukan aktiviti di gimnasium menerusi hantaran Instagram.

Menurut Janna, dia melakukan aktiviti itu akibat kekangan masa yang melampau selain mahu kekal aktif.

“Bila masuk Ramadan ni, saya macam tak tahu bila time yang paling sesuai nak buat hot yoga ni. Sebab dia panas, dalam sauna room dan agak intense.

“Nak buat petang takut pengsan, nak buat lepas berbuka takut kenyang sangat dan nak pergi terawih.

“Waktu tidur pun dah tak sama macam sebelum ni. Sebab jam 5.30 am dah bangun, sahur dan terus pergi shooting. So, malam memang MALAS. Class pun sampai 9 malam je paling lewat.

“So I macam dah lost momentum dah. Petang ni kena pergi gym juga. If not, nanti lagi susah nak kena start balik. Korang exercise macam mana ramadan ni?” tulisnya.

 

Dalam pada itu, Janna sempat berkongsi kepada peminatnya menerusi ruangan komen balas memaklumkan, dia sama sekali tidak kisah soal makan banyak setiap kali selepas bersenam kerana apa yang penting adalah mengamalkan gaya hidup sihat walaupun ia mengambil masa masa yang agak lama.

“Saya tak kisah pasal melantak, sebab saya lebih kisah pasal healthy lifestyle. Nak tukar lifestyle tu it takes time.

“Memang kena paksa diri untuk exercise setiap hari. Sekarang ni tak exercise rasa macam dah tak best dah,” katanya.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap pelakon ini tidak menghormati Ramadan dek kerana sering berkongsi foto memakai baju senaman selepas melakukan aktiviti di gim.

 

Salma Syahbuddin