Categories: Drama

Tonton Apa Hari Ni: ‘Sekali Aku Bahagia’

Isi hati manusia sukar diduga. Perlakuan khianat-mengkhianati masih berleluasa dalam dunia hari ini. Drama di slot Sakura Ramadan ini yang berjudul ‘Sekali Aku Bahagia’ memaparkan realiti pahit ini.

Muaz (dilakonkan oleh Keith Foo) dan Rania (dilakonkan oleh Ummi Nazeera) adalah pasangan suami isteri yang menjadi fokus siri ini. Muaz merupakan seorang pekerja di sebuah pasar daging yang dimiliki lelaki bernama Naufal (dilakonkan oleh Azhan Rani).

Kelibat Muaz di pasar daging itu telah menarik minat Aireen (dilakonkan oleh Nabila Huda), adik kepada Naufal. Aireen mula jatuh hati terhadap Muaz. Demi memastikan kedudukan di tempat kerjanya tidak tergugat, Muaz telah merahsiakan status perkahwinannya. Perhubungan Muaz dan Aireen telah membawa ke jinjang perkahwinan.

Pada suatu hari, Muaz telah pulang untuk bertemu Rania. Dia baru sahaja melahirkan seorang bayi yang diberi nama Delisha. Apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Aireen yang pada ketika itu juga sedang mengandung, dia telah berasa tertekan.

Tidak lama kemudian, kandungannya telah gugur akibat tekanan yang dialami. Dia tidak boleh menerima realiti bermadu. Aireen mahukan Muaz untuk dirinya seorang.

Kerana sayangkan adiknya, Naufal dan Aireen telah mengambil keputusan untuk mengupah orang bagi cubaan untuk menamatkan riwayat Rania. Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh terjadi.

Namun, yang pasti adalah pelbagai putar belit plot membentuk jalan cerita drama ini.

Cerita Apa? ‘Sekali Aku Bahagia’
Hari Apa? Setiap Isnin – Khamis
Jam Berapa? 6 petang
Di Mana? TV3 & Strim Eksklusif di Tonton

Afiqah Azizan