Model terkenal antarabangsa yang sering menjadi sasaran utama lensa kamera ini akhirnya datang ke Malaysia. Dan, pastinya kunjungan Bella kali ini amat dinanti-nantikan bukan sahaja para peminat beliau tetapi juga rakan artis yang turut sama terlibat dalam acara eksklusif yang dianjurkan oleh Tag Heuer, sebuah jenama jam mewah di The Garden semalam.

Bella yang merupakan duta kepada jenama mewah ini, turut berkongsi bahawa ini adalah pengalaman pertama beliau sampai di Malaysia.

Dan, para artis tanah air juga nampaknya tidak melepaskan peluang untuk merakamkan momen istimewa bersama model antarabangsa ini. Yelah, siapa yang tak excited kan, bukan senang nak jumpa Bella Hadid.

Antara artis dan juga VVIP yang dikira sangat bertuah bertemu dan meluangkan masa bersama Bella adalah, Neelofa, Scha Al-yahya, model dan juga isteri kepada usahawan terkenal NAZA, Chryseis Tan, dan Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan.

 

 

Sumber : Instagram @schaalyahya

Sumber : Instagram @chrysan_x

Bagaimanapun, Isabella Khair Hadid atau Bella Hadid ini hanya datang berseorangan dan bukan bersama kekasihnya yang juga penyanyi kumpulan The Weekend seperti yang diwar-warkan.

Salma Syahbuddin