Belum Berhubung Dengan Anak, Yusof Haslam Mahu Syamsul & Puteri Sarah Kembali Bersatu?

Penerbit Datuk Yusof Haslam memaklumkan dia ada berhubung menantunya iaitu Puteri Sarah Liyana namun anaknya Syamsul masih belum menghubunginya selepas mereka sah bercerai 14 Jun lalu.

Menurut laporan mStar, Yusof mengakui berasa gembira apabila anak dan menantunya itu berpisah denga cara yang terbaik demi kebaikan dan masa depan anak-anak.

“Dengan Sarah ada berhubung tapi Syamsul setakat ini dia belum berhubung dengan mak atau pun ayah dia.

“Tapi saya rasa mungkin dia sedang sibuk ‘shooting’ Original Gangster jadi kita bagi dia masa.

“Saya rasa gembira kerana Syamsul dengan Sarah dah bercerai tapi dengan cara yang baik, hubungan Sarah dengan Syamsul dengan anak-anak okey, Walaupun berlaku penceraian hubungan harus kekal demi anak-anak.

“Saya mendoakan yang terbaik kepada mereka berdua. Kepada Syamsul saya harap dia boleh menghabiskan filem The Original Gangster dengan sempurna dan kejayaan lebih besar lagi,” jelasnya.

Disoal adakah dia masih berharap hubungan Syamsul dan Puteri Sarah akan bersatu kembali kelak, Yusof berkata dia hanya mendoakan yang terbaik sahaja.

“Ramai juga anak-anak kawan saya yang mengalami penceraian tetapi selepas itu mereka rujuk kembali. Jadi saya tak boleh jangkakan apa-apa sebab segalanya telah menentukan.

“Mungkin takdir dah menentukan, itulah jadinya. Kalau tidak maka tidaklah. Hanya Allah yang menentukan. Kami sebagai orang tua, kami doakan yang terbaik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Yusof juga memaklumkan dia tidak tahu mengenai lafaz cerai pertama dan rujuk kembali pasangan tersebut.

“Saya tak tahu mengenai itu, mungkin isteri saya tahu. Alhamdulillah mereka juga sudah berdamai, hubungan itu harus dikekalkan terus kerana Syamsul harus tahu bahawa kehidupan ini tidak semudah yang disangka.

“Saya punya nasihat kepada semua adalah kejayaan hari ini tidak menjanjikan kejayaan esok. Jadi kita harus sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat dan jangan anggap diri kita yang terbaik. Itu satu kesilapan. Yang terbaik hanya Allah S.W.T ,” tutupnya positif.

Terdahulu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Sumber: mStar

Khairil Khusyairi