Categories: HiburanSelebriti

Belum Lagi Bertunang, Itu Semua Khabar Angin

Tular sudah ucapan tahniah dari bekas suami Fasha iaitu Jejai. Ada juga perasaan tanda tanya adakah pelakon yang sedang hangat bercinta dengan Aidil Aziz bakal mengikat tali pertunangan

Aidil, yang rapat dan digossipkan sedang bercinta dengan Fasha
menafikan spekulasi tersebut

Aidil sempat berkongsi yang mereka masih belum memikirkan soal untuk berkahwin dalam masa terdekat.

Masing-masing ingin fokus dalam kerjaya masing-masing terlebih dahulu.

“Tiada majlis bertunang pun kami masih lagi berkawan rapat dan kenali hati budi masing-masing. Buat masa ini kami masing-masing sibuk dengan kerja. Insya-Allah kalau ada jodoh kami akan beritahu pada semua,” katanya

Aidil sempat bercerita yang dia selesa berkawan dengan Fasha kerana sikapnya yang baik hati dan penyayang serta mengakui rezekinya murah selepas berkawan dengan wanita itu.

“Saya sentiasa menghormati dia dan dia seorang yang baik hati dan penyayang. Apa yang baik kita ambil dan kelemahan kita baiki sama-sama.”

“Banyak perkara yang saya belajar daripada dia dan niat saya untuk berkawan dengan dia juga baik.”

“Alhamdulillah, susah nak cakap tentang rezeki, jodoh, maut semua Allah dah aturkan. Saya bersyukur apa yang sudah diberikan,” ujarnya.

 

SGMS Enal