Categories: HiburanSelebriti

BELUM TENGOK DAH KUTUK, ALIFF SYUKRI NAIK ANGIN

Datuk Seri Aliff Syukri naik angin di laman sosialnya selepas filem pertama lakonannya mendapat kecaman hebat. Sabar ya Datuk…

Apa tidaknya, beliau menerima kecaman bertubi-tubi kerana dikatakan berlakon dalam filem Badang yang digelar ‘sampah’. Tapi Datuk Seri Aliff Syukri tidak berdiam diri malah tampil membidas semua kecaman yang diterima menerusi laman sosialnya miliknya!

Filem Badang lakonan beliau dan pelakon jelita Fasha Sanda dilaporkan mendapat maklum balas yang ‘memedihkan’ hati. 

Dalam perkongsian itu, beliau sempat bertanya kepada netizen, sama ada beliau pernah melakukan kesalahan kepada netizen sehingga sanggup menghinanya sebegitu sekali.

“Tak fikir ke penat saya berlakon? Ingat saya berlakon percuma? Saya hendak bangun tidur pun sakit hati kerana penghinaan. Sabar saya ada hadnya. Belum tengok dah kutuk.

“Pagi petang saya berlakon, apa yang dapat hanya kutukan. Saya buat apa dengan anda semua? Apa salah saya? Ramai yang puji dan saya tak bayar mereka pun untuk pujian semua itu,” soalnya.

Dalam masa sama, Aliff meminta netizen memikirkan perasaanya dan tidak menganggap dirinya sebagai tunggul.

“ Tak baik menghina orang, dapat dosa sahaja. Baru pertama kali berlakon, sudah dikecam sebegini,” katanya dalam video tersebut.

Netizen pun, janganlah kecam Datuk Aliff sampai macam tu sekali. Bak kata beliau, “Ini adalah filem terbaik. Filem Badang boleh mengalahkan filem-filem lain,” katanya.

Filem adiwira tempatan itu mula ditayang di pawagam sejak 15 Februari lalu.

SGMS Faida