Categories: Gaya Hidup

Bukan Sekadar Berlari, Rupanya 4 Teknik Senaman Ini Dapat Bakar Lebih Banyak Kalori!

Kalau bercakap mengenai senaman, mesti anda akan ingat berlari adalah teknik yang paling mujarab untuk bakar lemak. Tapi bagaimana pula untuk orang yang tak suka berlari? 

Jangan risau, nasib baik ada teknik senaman lain yang bukan saja boleh menggantikan aktiviti larian tapi boleh bakar lebih banyak kalori. Senaman apa tu? Jom cuba!

1. Hayunan Kettlebell

Womanista.com

www.publicdomainpictures.net

Mesti sebelum ni anda pernah nampak alat exercise besi ni kan? Nampak je kecil tapi jika digunakannya dengan betul, anda boleh membakar sebanyak 20.2 kalori setiap minit! Ada banyak cara untuk menggunakannya. Salah satunya, jarakkan kaki, bengkokkan lutut, kemudian hayunkan Kettlebell dari bawah ke atas sambil menegakkan semula badan anda. Idea di sebalik senaman ini ialah untuk membuat pergerakan yang anda tidak biasa lakukan. Dengan itu, anda akan bekerja dua kali lebih kuat dan secara tak langsung bakar lebih banyak kalori.

2. Lompat tali

womanista.com

Teknik ni mesti semua orang pernah cuba. Kalau anda boleh lompat sebanyak 100 ke 120 kali setiap minit, anda akan dapat bakar 13 kalori dalam satu minit tersebut. Lompat tali ni memang efektif untuk sesiapa yang ingin menguruskan badan. Anda juga boleh memperbaiki balance anda, kerana teknik ini melibatkan koordinasi tangan dan kaki.

3. Battle ropes

Pixabay.com

Kalau nak kempiskan perut, ini dia cara yang mudah dan cepat. Pegang hujung tali ni, yang dipanggil “Battle Ropes” dan lantunkan macam ombak. Menurut kajian, senaman inilah yang paling banyak menggunakan oksigen. Lagi banyak oksigen yang badan kita perlukan, lagi banyak kalori yang kita bakar. Secara purata, anda akan bakar sebanyak 10.3 kalori setiap minit dengan senaman ni.

4. Fat Tire Biking

pylyglot.org

Kalau anda mahukan teknik yang lebih extreme, anda boleh cuba naik basikal fat-tire ni. Sama je macam naik basikal biasa, tapi saiznya besar macam motosikal lasak. Jadi anda akan memerlukan lebih banyak tenaga untuk mengayuh dan membelok. Mujurnya, anda dapat bakar sehingga 1,500 kalori dalam sejam! Selain dapat menguatkan otot, ia juga akan mengukuhkan sistem ketahanan badan anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Curiousmob

Ad Ops