Categories: HiburanSelebriti

BENDA TU FAKE! NOH HUJAN

Noh Hujan ketika di temui di majlis World Mental Health Day di Royal Chulan The Curve memberi komen mengenai isu penyakit mental terutama di kalangan media sosial.

“Saya rasa semua orang ada penyakit mental cuma mereka tak sedar dan salah satu penyebabnya adalah media sosial. Sosial yang bukan physically. Benda tu fake, contoh media dan instagram, you only potray and post apa yang you nak orang tengok. Itu fake. Bullshit. And dia macam addiction. Tapi saya rasa kita kena pandai balance.”

sumber: jom lari website

Suami kepada Mizz Nina ini turut mendedahkan pengalaman sewaktu melawat hospital psikiatri di HUKM bersama rakan selebriti yang lain iaitu Aizat dan Faizal Tahir. 

 “Pada mulanya saya rasa ni bukan tanggungjawab saya ni tanggungjawab orang lain, tapi bila fikir balik tanggungjawab kita untuk memenuhi keperluan orang lain, jadi perkara ni macam ibadah. Pengalaman yang paling bermakna pada saya adalah sewaktu kami berjumpa budak umur 7 tahun dan ada juga budak perempuan seawal umur 7 tahun dah kena anxiety. Memang pengalaman ni benar-benar membuka mata saya”.

Noh Hujan ditemui di majlis pelancaran World Mental Health Day yang dianjurkan oleh MIASA(Mental Illnes Awareness &aSupport Association) Malaysia. Antara selebriti yang turut sama hadir adalah Aizat Amdan, Faizal Tahir dan Asad Motawh.

tex_admin