“Benih & Keturunan Tidak Boleh Bagi Sembarangan” – Individu Desak Ingin Hamilkan Anak Iqbal Zulkefli

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli sering menjadi perhatian warganet apabila sering terpalit dengan siri kontroversi berpanjangan.

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal membuat sesi soal jawab dengan pengikutnya di ruangan Instagram Story.

Namun apa yang membuatkan warganet terkejut ialah dengan satu persoalan yang bertanyakan mengenai zuriat.

“Iqbal I mahu pregnant benih you please,” tulis seorang pengikut.

Tampil menjawab pernyataan itu, Iqbal menjelaskan perkara tersebut tidak boleh diambil mudah lebih-lebih lagi melibatkan hal keturunan.

“Tidak boleh begini. Benih, keturunan ini kita tidak boleh bagi sembarangan. Jika terjadi, saya perlu bertanggungjawab mendidik, membesarkan serta menjadikan ia generasi yang berguna.

“Untuk berkahwin, rasanya saya akan ambil masa yang lama untuk mendapatkan orang yang sesuai. Bukan mencari yang sempurna, tetapi yang boleh terima kekurangan saya, yang boleh ada di saat saya susah sepertimana saya sanggup berkorban untuk dia,” jawapnya.

Dalam sesi yang sama, ada juga yang bertanya apakah Iqbal akan lakukan sekiranya ibu kandung bayi angkatnya mahukan hak penjagaan semula apabila besar dan berjaya nanti.

Menjawab persoalan itu, Iqbal berkata dia sudah bersedia biarpun akan berasa sedih berpanjangan malah dia juga sudah terbiasa dengan perpisahan.

“Dari awal saya sudah bayangkan dan bersedia meskipun saya yakin saya akan sedih berpanjangan. Apabila Ziyad besar sedikit, saya akan ajarkan dia utamakan sayang ayah dan ibu kandungnya. Saya akan tetap jelaskan bahawa saya hanyalah ayah angkat.

“Sampai masa, apabila usai tanggungjawab saya membesarkan Ziyad, dari sejak lahir sehingga besar, jika ibu ayahnya mahu menjaga sepenuh masa, walau menangis air mata darah sekali pun, itulah kehidupan.

“Saya, sudah terbiasa hadapi perpisahan. Tentang saya, tidak perlu fikir, saya tahu untuk pujuk hati sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, Iqbal mengambil seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Ahmad Ziyad.

Sumber: Instagram @ahmadiqbalzulkefli

Khairil Khusyairi