Berat Ed Sheeran Turun Mendadak, Ini Sebabnya!

Penyanyi popular Hollywood bergenre Pop, Ed Sheeran telah mengejutkan para peminatnya menerusi siri jelajah konsert baru-baru ini apabila dilihat mengalami penurunan berat badan yang mendadak! 

Menerusi laporan Hollywoodlife, pelantun “Shape Of You” itu mendedahkan bahawa dia terus mengambil  keputusan untuk berhenti merokok apabila mengetahui keadaan paru-parunya.

Pemilik nama Edward Christopher Sheeran itu juga berkata dia ingin mengamalkan gaya hidup sihat bagi mendapatkan berat badan yang ideal.

“Sebab saya lakukan ini adalah bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan stamina ketika berada di atas pentas. Kini saya lebih sedar mengenai amalan gaya hidup sihat!” kata Ed Sheeran.

 

Sumber: thenewdaily.com.my

Terdahulu, Ed Sheeran dikatakan memiliki berat badan sekitar 101 kilogram pada tahun 2016 namun kini, berat badannya berkurang menjadi 76 kilogram. Hebat!

Penyanyi berusia 28 tahun itu juga meluahkan hasrat untuk menyertai larian maraton pada masa akan datang.

Syafiqa Irdina