Tinggalkan FT ISLAND, Kini Song Seung Hyun Fokus Bidang Lakonan Pula

Baru-baru ini, salah seorang anggota kumpulan band Korea Selatan, Song Seung Hyun yang merupakan gitaris band FT ISLAND dikatakan telah menamatkan kontrak eksklusifnya selepas 10 tahun bergiat aktif dalam industri seni.

Menerusi laporan agensinya FNC Entertainment, keputusan itu dibuat oleh Seung Hyun kerana dia ingin meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan pula! 

 

Seung Hyun (kiri atas) bersama FT ISLAND

“Keputusan ini diambil setelah mencapai kata sepakat antara agensi dan setiap ahli FT ISLAND. Agensi kami menghormati keputusan yang dibuat oleh Song Seung Hyun. Kami berharap agar anda semua teruskan menyokongnya yang telah bersama kami selama 11 tahun,” kata wakil agensi FNC Entertainment.

Tambah agensi itu lagi, FNC Entertainment akan berbincang bersama ahli kumpulan yang lain mengenai hala tuju kumpulan tersebut setelah mereka menamatkan khidmat tentera nanti. 

Terdahulu, ketua kumpulan itu, Choi Jong Hoon mengumumkan persaraan sebagai bintang K-pop selepas terpalit dengan isu penyebaran video lucah. 

Anyway, selamat maju jaya Xtra ucapkan buat Song Seung Hyun!

Sumber foto: www.soompi.com.my

Syafiqa Irdina