Naim Daniel Diugut Netizen Gara-Gara Blackpink!

Kecoh di Instagram apabila baru-baru ini Naim Daniel memuat naik gambarnya yang disunting sedang memeluk salah seorang anggota kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink, iaitu Rose!

Bukan sahaja mendapat perhatian daripada kelab peminat Blackpink yang digelar BLINKS, gambar tersebut juga mendapat liputan media antarabangsa seperti Koreaboo

Jom, lihat beberapa gambar yang disunting oleh penyanyi lagu Sumpah ini bersama Rose.

 

Wow! Memang nampak real. Apa pendapat korang?
Gara-gara gambar lucu yang disunting oleh Naim Daniel ini, beliau nampaknya menerima kecaman hebat daripada BLINKS apabila, segelintir daripada peminat fanatik Rose ini menghantar dan meninggalkan komen berbaur kecaman dan ugutan menerusi Instagram.
Walau bagaimanapun, Naim turut menerima reaksi positif daripada peminat antarabangsa yang menyokong tindakan beliau. Malah,  usaha Naim merakamkan lagu secara tidak rasmi dengan bintang K-pop itu sebelum ini juga nampaknya  menerima 15 ribu tontonan dan 2 ribu likes di laman Youtube.
Apa-apapun, apa salahnya muatnaik foto bersama artis kesayangan kita kan? Tak perlulah sampai nak kecam. Peace!
Syafiqa Irdina