Categories: HiburanSelebriti

Berdebat Isu Suami Buat Hal Semasa Isteri Sedang Hamil, Watie Kongsi Ceramah Shuib – “Cara Paling Mudah Benarkan Kahwin Lain…”

Baru-baru ini, hangat diperkatakan tentang isu suami pempengaruh, Aisyah Hijanah iaitu Alif Teega yang berkahwin satu lagi semasa isterinya sedang hamil lima bulan.

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah turut mempersoalkan tindakan kebanyakkan suami yang membuat ‘masalah’ semasa isteri sedang berbadan dua.

Menurut Watie, dia berdebat dengan suami tentang perkara tersebut dan Shuib menjelaskan bahawa perkara yang terjadi itu sudah tertulis.

“Panjang ceramah suami tadi 2 jam lebih. Dan jawapan yang sama suami cuba nak fahamkan bini dia tentang ‘Ujian & Ketentuan’.

“Hidup ini memang dah tertulis. Dan kalau neraka dan syurga ni kita boleh nampak depan mata, mungkin sekejap itu juga kita akan memilih jalan untuk ke syurga dengan cara yang paling mudah adalah benarkan dan redha suami berkahwin lain.

“Dan itu juga penyebab Aisyah memilih untuk bermadu dan jaga aib suami dia… ‘Syurga Tanpa Hisab’,” jelasnya.

Pada masa sama, Watie bersetuju bahawa pentingnya redha Allah dan suami dalam kehidupan berumahtangga.

“And selepas dengar ceramah dan pemahaman dari suami, Shuib maka isteri pun bersetuju bahawa mencari redha Allah dalam ujian hidup dan pentingnya redha suami dalam kehidupan suami isteri,” ujarnya.

Namun, dia tidak bersetuju isu berpoligami diwar-warkan di media sosial dan digunakan sebagai konten kerana suami bertanggungjawab untuk menjaga hati isteri pertama.

“Cuma satu part je yang I paling tak setuju dalam hal viral yang kahwin dua ni. For me, if you dah kahwin dua just diam-diam sudah.

“Jangan jadikan perkara itu adalah sesuatu perkara yang menyeronokkan untuk dikongsi kerana ada hati yang perlu dia jaga.

“Jangan jadikan media sosial ini untuk sharing benda yang boleh menyakitkan hati isteri sebab hati isteri lebih penting untuk di jaga dan perlu difikirkan. Bukan content, like, viewers, followers. No need to explain or gembar gemburkan.

“But apapun, berbalik pada hakiki. Ujian orang lain-lain. Moga kita dapat jadikan iktibar. Semoga yang diduga diberikan kekuatan,” katanya.

Maya Basir