Pempengaruh Dimadukan Ketika Hamil… Luah Rasa Simpati, Ini Ulasan Michael Ang – “Urgent Sangat Ke Kena Kahwin Segera!”

Pengarah Michael Ang tampil meluahkan rasa simpati terhadap isu suami berkahwin dua ketika isteri sedang hamil.

Meskipun tidak memetik nama mana-mana individu, ulasan pengarah itu seolah-olah ditujukan kepada isu yang berlaku dalam rumah tangga pasangan pempengaruh Aisyah Hijannah dan Alif Teega.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Perincian Perkahwinan, Netizen Terkejut Alif Teega & Fatin Umairah ‘Kantoi’ Nikah Di Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”

Menerusi perkongsian di Instagram, Michael meluahkan rasa geram dengan tindakan pempengaruh itu yang tegar menduakan isterinya ketika hamil.

Dalam perkongsian lain, pengarah itu turut menyifatkan pempengaruh terbabit sebagai seorang yang ‘acah alim’ selepas mengetahui lelaki tersebut turut memukul isterinya.

Sebelum ini, rumah tangga pempengaruh itu heboh diperkatakan oleh warganet selepas Aisyah mendedahkan suaminya, Alif terkena penyakit ain gara-gara gangguan orang ketiga.

Namun, pasangan itu telah mendedahkan kehadiran ‘orang baru’ dalam rumah tangga mereka selepas Alif mengumumkan perkahwinan keduanya, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Bersuara Leraikan Spekulasi Rumah Tangga Goyah, Aliff Teega Baik-Baik Saja Dengan Aisyah Hijanah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Demi Allah! Tuduhan Tu Melampau, Saya Tak Maafkan”- Alif Teega Nafi Naik Tangan, Berseronok Sebelum Kahwin 

Fatin Nurain