Nak Hapuskan Bukti, Adik Aisyah Hijanah Dedah Alif Teega Tergamak Pukul Isteri Hamil Anak Ketiga? – “Dayus! Puas Ke Kau?”

Baru-baru ini, heboh di media sosial berhubung konflik rumah tangga personaliti media sosial, Alif Teega dan pempengaruh, Aisyah Hijanah dimana suaminya telah berkahwin dua bersama wanita dikenali sebagai Fatin Umaidah Ramli.

Susulan itu, adik Aisyah iaitu Amirul Adni Rustam tidak dapat menahan emosi serta mendakwa abang iparnya itu ‘dayus’ gara-gara memukul isterinya yang sedang sarat hamil anak ketiga.

Dalam pada itu, Amirul juga mendedahkan Alif cuba menghapuskan bukti rakaman yang diperoleh daripada dashcam kereta.

“WAHAI ALIF! kami sekeluarga (Aisyah) tahu dan tengok setiap actions yang kau dah buat dekat kakak aku! Dayus!

“Sanggup kau pukul bini kau?? Kata sayang bro? Bini kau tengah mengandung anak ketiga! Kau berseronok dgn perempuan lain.

“Oh jangan lupa bukti yang kau nak hapuskan dashcam dalam kereta… puas ke pukul kakak aku???

“Fon berkecai aiyooo Anak kau kata “baba jahat” dah membuktikan dah

“Sorry aib tak aib tapi kalau dah sampai kau angkat tangan dan kaki kau kt kakak aku mmg aku involved!!!

“Bengap tak sudah!!! memalukan nama influencer yang membawa content agama,” dakwanya lagi.

Namun begitu, Amirul telah pun memadam hantaran tersebut demi menjaga keselamatan kakaknya, Aisyah.

Susulan itu, Alif tampil menafikan dakwaan tersebut serta menganggap tuduhan yang dilemparkan itu bersifat melampau.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Demi Allah! Tuduhan Tu Melampau, Saya Tak Maafkan”- Alif Teega Nafi Naik Tangan, Berseronok Sebelum Kahwin

Sebelum ini, tular sebuah foto di media sosial memaparkan perincian pernikahan Alif bersama isteri keduanya, Fatin yang dikatakan berlangsung di Songklah, Thailand.

Sebelum ini, Alif atau nama lengkapnya Mohd Hazalid Mohd Hazani tampil meleraikan segala spekulasi dengan mengakui telah berkahwin dua demi mengelak sebarang fitnah berterudan terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Terdahulu, Aisyah pula seakan reda atas nasib menimpanya ifu serta mendoakan kebahagiaan suaminya bersama madu, Fatin Umaidah dan berharap ramai pihak tidak terus bercakap buruk mengenai rumah tangga mereka.

Artikel Berkaitan: Tular Perincian Perkahwinan, Netizen Terkejut Alif Teega & Fatin Umairah ‘Kantoi’ Nikah Di Pejabat Agama Songkhla? – “Empat Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah”

Artikel Berkaitan: Kurang Selesa Nama Dikaitkan Dengan Alif Teega, Alif Satar Segan Pujian Datang Daripada Benda Negatif – “Saya Pun Tak Tahu Pengakhiran Macam Mana”

Aqilah Paharuzi