Berhubung Semula Lepas 7 Tahun, Hafidz Roshdi Pernah Halang Persahabatan Nurul Shuhada Dengan Kawan? – “Selepas Awak Kahwin, Orang Toksik Tu…”

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan mesej rakan lamanya yang mendakwa ada seseorang yang toksik menghalang mereka untuk berkawan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, orang itu dipercayai Hafidz kerana mereka tidak lagi berhubung selepas berkahwin pada 2016.

“Kepada sahabat lama saya. Awak tahu awak siapa. Sejujurnya, awak bukan sahaja seorang kawan malah saya dah anggap seperti adik sendiri.

“Kita sudah tidak lagi berhubung selepas awak kahwin pada 2016 – persahabatan dihalang oleh orang yang toksik tu,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian, dakwaan seseorang itu adalah suaminya terbukti apabila Shuhada dan rakannya itu akhirnya kembali berhubung selepas berita dia diceraikan dengan talak satu tersebar.

“Tapi jauh disudut hati, saya berharap satu hari kita dapat jadi seperti dulu. Berborak dan ketawa (tambah dalam loghat Kedah hang).

“Dan Alhamdulillah akhirnya kita dapat kembalikan semula. Berhubung semula selepas 7 tahun. Nanti kita tetapkan masa jumpakan anak-anak, Kabir dan Humaira Umar ye,” ujarnya.

Selain itu, tangkapan skrin yang menunjukkan mesej Shuhada dan rakannya itu bersyukur mereka dapat berhubung semula selepas sekian lama.

Maya Basir