Didakwa Telah Berkahwin, Tash Yong Jadi Isteri Ke-3 Bosskay?

Pelakon Tash Yong didakwa telah berkahwin dengan seorang usahawan yang popular di TikTok yang dikenali sebagai Bosskay.

Menerusi sebuah video perkongsian pemilik akaun @lynn_ishak, memperlihatkan kemesraan Tash Yong dan Bosskay berpelukan di tempat awam.

Menguatkan lagi dakwaan, kapsyen individu tersebut menyatakan bahawa mereka telah berkahwin dan meminta lelaki tersebut untuk tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami kepada dua orang isteri lagi.

“Dah kahwin katanya… baguslah, tanggungjawab 2 bini jangan lupa bang,” pesannya.

Jika benar mereka telah bernikah, Tash Yong merupakan isteri ketiga kepada usahawan tersebut.

Namun begitu, isteri pertama Bosskay dilihat mempersoalkan kesahihan perkahwinan tersebut dengan bertanyakan tentang sijil nikah.

Menjengah di ruangan komen, rata- rata warganet terkejut dengan Tash kerana berani menikahi Bosskay yang terpalit kontroversi.

Terdahulu, usahawan lelaki itu terpalit dengan kontroversi mendakwa dia enggan mendaftarkan sijil kelahiran untuk anaknya yang baru lahir daripada isteri keduanya yang dikenali sebagai Cik Pia.

Atiqah Johari