“Parut Tu Akan Jadi Trend Baru” – Kongsi Benang Jahitan Luka Telah Dibuang, Netizen Puji Semangat & Kecantikan Nurul Shuhada

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri memuat naik sekeping foto bersama seorang doktor dan menzahirkan rasa terima kasih kepadanya.

Menerusi hantaran tersebut, Nurul Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu berkongsi bahawa benang jahitan di bahagian pipinya itu telah dibuang dan meminta orang ramai untuk mendoakannya.

“Terima kasih Doctor Khong, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. Doc baik sangat, Alhamdulillah dah boleh buang benang, doakan Shu ya semua,” tulisnya.

Namun begitu, Shu sempat berseloroh dengan warganet apabila ada yang menyatakan parut yang dimilikinya itu kelihatan menarik.

“Sailormoon salah tanda. C kat pipi bukan kat dahi haha,” balas Shu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji bahawa Shu kelihatan bertambah cantik dengan adanya parut sebegitu.

Malah, ada yang menganggap parut akibat ditumbuk itu sebagai simbol kekuatan.

Terdahulu, Shuhada ditumbuk oleh Hafidz di bahagian pipi sehingga terkoyak sebanyak tiga kali.

Artikel Berkaitan: “Kekasih Hati Takut Dikecam Lagi Sebab…” – Nurul Shuhada Dedah Punca Ditumbuk Hafidz Roshdi!

Artikel Berkaitan: “Melingkup Lah Kau Tak Ada Job” – Netizen Minta Pihak Produksi Boikot Hafidz Roshdi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Muncul Pelangi Selepas Hujan” – Bella Astilah Titip Pesanan Buat Nurul Shuhada… Ramai Luah Rasa Sebak!

Artikel Berkaitan: Pipi Bengkak & Terkoyak, Nurul Shuhada Kongsi Foto Keadaan Muka Ditumbuk Hafidz Roshdi

Atiqah Johari