Categories: HiburanSelebriti

Beri Peluang Pada Pelakon Baharu

Pelakon Rosyam Nor mengakui sebagai aktor senior dia harus memberi peluang kepada pelakon-pelakon baru yang sedang meningkat naik untuk menonjolkan bakat  mereka pada orang ramai.

Menurut Rosyam, walupun sering bergandingan dengan pelakon muda, dia akan cuba meletakkan dirinya sebaris dengan pelakon baharu agar lakonannya tidak kelihatan begitu menyerlah.

“Sebagai orang lama dalam industri saya faham bukan mudah untuk seorang artis itu menempa nama dalam bidang ini.

“Jadi mereka harus diberi peluang mengetengahkan bakat yang ada dan sebagai seorang pelakon senior saya masih tidak kejam untuk over shadow lakonan mereka ini.

“Saya akan letakkan diri ini sama dengan mereka supaya dengan itu lakonan mereka akan ketihatan lebih menyerlah sebagai watak utama.

“Dari situ juga mudah untuk para pelakon mendapatkan keserasian untuk menghidupkan watak yang diberikan,” 

SGMS Enal