Categories: HiburanTrending

Beri Sentuhan Peribadi, Anuar Zain Layan Penonton Dengan Sepenuh Hati… Hadiahkan Lebih 1,000 Patung Beruang Kepada Peminat Tersayang!

Lebih 1,000 buah anak patung beruang dihadiahkan oleh penyanyi terkenal Anuar Zain kepada peminat yang datang ke konsert AZ40 Exclusive Up Close & Personal yang diadakan di Jio Space, Petaling Jaya, Ahad lalu.

Menjadi tanda penghargaan dan kasih saying kepadaq peminat, Anuar mahu peminat membawa pulang patung beruang untuk dijadikan sebagai kenangan terindah.

“Lebih 1,000 patung beruang yang datang dalam tiga saiz diberikan kepada peminat. Patung beruang kecil sebanyak 800 unit, manakala yang sederhana pula ada 250 unit. Kami juga memberikan dua buah anak patung beruang bersaiz besar.

“Inspirasi untuk memberikan anak patung beruang ini datang daripada pihak pengurusan saya, Anuar Zain Network. Demi peminat yang saya sayangi, kami mengeluarkan belanja lebih dengan memberikan hadiah anak patung beruang,” katanya.

Menghargai peminat yang selama ini tak pernah lelah memberikan sokongan padu terhadap kerjaya seninya, Anuar terharu kerana persembahan skala kecil ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.

“Pada awalnya, kami adakan persembahan ini kerana ramai yang belum move on dengan Konsert 40 Tahun yang berlangsung pada tahun lalu. Biarpun AZ40 Exclusive Up Close & Personal yang diadakan ini cuma berskala kecil, ia memberi makna tersendiri kerana saya terasa dekat dengan peminat.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang datang memberikan sokongan kepada saya. Penganjuran konsert tidak kira sama ada berskala besar atau kecil, masing-masing ada kelebihannya tersendiri.

“Persembahan dengan kehadiran lebih 1,000 penonton ini saya rasakan lebih dekat dengan peminat dan rasa kerja keras saya selama ini lebih dihargai. Bila saya anjurkan konsert berskala kecil seperti ini, saya boleh nampak lebih jelas lagi kasih sayang peminat dan boleh mendekati mereka untuk bergambar,” ujarnya.

Apa yang membuarkan persembahan Anuar kali ini lebih intim adalah apabila pelantun lagu Sedetik Lebih ini kerap turun dari pentas mendekati peminat kesayangan dan ‘membaling’ anak patung kepada penonton bertuah yang berjaya mendapatkannya.

Ketika konsert AZ40 Exclusive Up Close & Personal, Anuar menghiburkan kira-kira 1,000 orang peminat dan membuka pentas dengan lagu Kaulah Satunya dan Sesucinya Cintamu.

Selain itu, Anuar turut menghiburkan peminat yang hadir dari serata Malaysia serta Singapura, Brunei dan Indonesia dengan lagu Permata, Cinta Harus Memiliki, Keabadiaan Cinta, Saving All My Love, Hello, Hujan, Ketulusan Hati, Sedetik Lebih dan mengakhiri persembahan dengan lagu Lelaki Ini.

Padin