Berita Baik Buat Peminat Kpop! Bekas Anggota Wanna One Ini Akan Datang Ke Malaysia

Buat peminat Kpop di Malaysia, pastinya ini antara peluang mereka untuk bertemu sendiri dengan salah seorang bekas anggota kumpulan Wanna One iaitu Ong Seong Wu.

Pertemuan julung kali diadakan ini adalah untuk bertemu peminat-peminat beliau di tiga buah negara berbeza iaitu Singapore, Malaysia dan Bangkok. Dan siri jelajah yang dipanggil Eternity ini akan berlangsung pada 23 Mac di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tiket mula dijual menerusi https://airasiaredtix.com/ bermula 16 Februari 2019 pada jam 10 pagi. Tiket berharga dari RM 580, RM480, RM380 dan RM280.

Artis berusia 23 tahun ini kali terakhir berada di Malaysia pada April 2018 ketika terbabit dalam penggambaran filem terbitan SBS berjudul Law Of The Jungle bersama rakan kumpulannya  Ha Soong-Wun dan anggota kumpulan SHINHWA, Yoo Shi-yoon di Sabah.

Jadi, apa tunggu lagi? Peminat -peminat Kpop boleh dapatkan tiket untuk jumpa sendiri dengan Oppa korang ni okay!

Salma Syahbuddin