Bersederhana Sambut Anniversary, Uqasha Senrose & Kamal Adli Genap 2 Tahun Berumah Tangga

Pelakon Uqasha Senrose tampil memuat naik momen manis bersama suaminya, Kamal Adli ketika menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua tahun.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Uqasha menerusi sebuah hantaran di Instagram, malam tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Uqasha dan Kamal kelihatan menyambut momen indah mereka itu secara sederhana ketika sedang berkhemah bersama.

“Happy anniversary to us. Alhamdulilah dan Syukur untuk dua tahun ni walaupun banyak lagi perlu kita sama-sama belajar and faham each other tapi abang sentiasa pertahankan hubungan ni.

“Even macam Tom & Jerry, hari-hari gaduh tapi bila tak ada tercari-cari. Sebijik Tom & Jerry. Semoga Allah lindung kita selalu . I love you abang , thank you for everything 5/11/2021 .. Jaga saya baik-baik tau,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Uqasha juga sempat meluahkan rasa bahagianya sepanjang bersama dengan Kamal menerusi beberapa hantaran di Instagram Story (Igs).

“Thank you abang. Happy Anniversary to us abang yang kedua tahun. Insya-Allah kekal harapnya. Walaupun dekat sungai jauh dengan semua kedai tapi tah mana dia dapat bunga dan cake ni.

“Sederhana tak apa yang penting pandai jaga hati dan ambil hati. Dua tahun, macam-macam lalui tapi masih tetap bertahan dan Allah izinkan untuk sama-sama ubah untuk jadi yang terbaik for each other,” katanya.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup.

Fatin Nurain