Categories: HiburanSelebriti

Beruntung Sungguh…Neelofa Tunai Haji Kali Kedua

Pengacara terkenal Neelofa bakal menunaikan ibadah haji buat kali kedua.

Kata Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, dia bakal berangkat ke tanah suci bersama dua adik lelaki dan ibunya.

“Alhamdulillah saya lebih teruja kali ini kerana ada banyak masa untuk buat persiapan kelengkapan untuk ke sana.

“Insha Allah saya akan berangkat ke sana pada 4 Ogos ini tetapi proses masih belum lengkap. Doakan urusan saya untuk menunaikan haji dipermudahkan,”katanya.

Kali pertama Neelofa menunaikan haji adalah pada tahun 2016.

Dalam masa sama Neelofa berhasrat tunaikan haji setiap tahun.

“Saya memasang impian untuk menunaikan Haji setiap tahun,”katanya.

Kami di Xtra mendoakan agar segala urusan Neelofa di sana dipermudahkan. Semoga mendapat haji yang mabrur, Insha Allah!

Kredit: Harian Metro

SGMS Enal