Categories: HiburanSelebriti

Kantoi Dadah…Pelawak Terkenal Indonesia Ditangkap Polis!

Pelawak terkenal Indonesia, Nunung ditahan pihak Polis Indonesia selepas didapati terbabit dengan pengambilan dadah jenis syabu.

Nunung yang mengacarakan program terkenal di Indonesia, Ini Talkshow ditahan bersama suami, July Jan Sambiran di kediaman mereka.

Penahanan berlaku selepas pengedar yang menjual syabu kepada Nunung, Hadi Moherianto yang memaklumkan Nunung sudah lima bulan menjadi pembeli tetap.

Nunung dan suami ditahan di kediaman yang terletak di daerah Tebet, Jakarta Selatan pada Jumaat jam 1.15 tengahari dengan barang bukti iaitu syabu seberat 0.36 gram.

Difahamkan, Nunung dan suami masih berada di pejabat Polis Daerah Metro Jaya, Jakarta.

Nampaknya berita ini mengejutkan peminat Nunung yang tidak percaya dengan tindakan pelawak kesayangan mereka itu.

SGMS Faida