BEST SANGATKAH SAMPAI CECAH 1.2 JUTA VIEWERS? – HAQIEM RUSLI

Kalau cakap sahaja pasal Haqiem Rusli, mesti semua peminat muzik hiburan tanah air kenal siapakah gerangan penyanyi baru, muda dan sangat berbakat ini. Terkenal menerusi lagu popularnya seperti Tergantung Sepi dan Segalanya, Haqiem kini muncul sekali lagi dengan lagu bergenre rancak berjudul Jatuh Bangun.

Lagu yang agak rancak ini memang berbeza dari sebelumnya. Kerana, Haqiem sudah lari dari tema cinta apabila lagu Jatuh Bangun ini mengisahkan tentang teman yang meninggalkan rakan sendiri ketika susah dan datang menumpang semula apabila senang.

Dicipta sendiri oleh Haqiem Rusli bersama Omar K dan Ikhwan Fatanna, lagu ini turut menampilkan rapper yang semakin mencipta nama iaitu Aman RA. Muzik video Jatuh Bangun yang dilancarkan sejak 15  Disember lalu  sudah  berjaya meraih 1,246 516 juta tontonan di laman Youtube. 

Muzik ala-ala Justin Bieber ini turut mendapat pujian rata-rata peminatnya dan sudah tentu mereka yang baru sahaja mendengar lagu ini. 

Apapun, Syabas diucapkan kepada Haqiem Rusli dari kami di Xtra!

Salma Syahbuddin