Categories: HiburanSelebriti

Betul Ke Haqiem Rusli Perasan Diri Bagus?

Baru-baru ini, penyanyi muda yang semakin meningkat naik Haqiem Rusli mengejutkan peminat dengan berita bakal bersara dari industri muzik setelah mengalami kemurungan yang teruk.

Gosip mengenai diri Haqiem Rusli menjadi semakin hangat apabila muncul seorang individu di akaun Twitter yang mengecam tindak-tanduk penyanyi muda ini. Tidak cukup dengan isu bakal bersara, Haqiem Rusli turut dilabel ‘perasan bagus’. 

Tuduhan yang dibuat oleh pemilik akaun ini menjadi bualan hangat di kalangan netizen, malah ada yang turut menyertai kecaman manakala segelintir yang membela.

Tidak berdiam diri, Haqiem Rusli akhirnya menyuarakan respon menerusi akaun Twitter beliau untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya. 

Haqiem  juga tidak mahu netizen terus menerus menghina dirinya lagi. Cukuplah dia mengalami kemurungan. Nasihat kami di xtra, masuk industri ni kena cekal dik kalau nak bertahan lama! Kami doakan yang terbaik buat penyanyi muda ini!

Tonton semula persembahan Haqiem Rusli di AJL32 dan rakaman Muzik-muzik TV3 menerusi segmen catch-up TV di xtra!

Ad Ops