Betul Ke Rihana Oksana Cerai Talak Tiga?

Model jelita Rusia Rihana Oksana Gorbatenko, 26 tahun, dilaporkan diceraikan talak tiga.

Difahamkan, sijil perceraian itu dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Rihana bertarikh 22 Jun di Singapura.

Portal turut melaporan, sijil penceraian yang lengkapi dengan nombor siri itu sudah mendapat kelulusan dari Mahkamah Syariah.

Rihana yang juga Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada Jun 2018, kemudian melahirkan seorang anak lelaki pada 21 Mei 2019.

Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada Jun 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.

Menurut Daily Mail, wanita itu dilaporkan melahirkan seorang anak lelaki pada 21 Mei 2019.

Sementara itu, media Moscow yang turut dipetik Daily Mail melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu.

Bagaimanapun bapa Rihana, Andrey Gorbatenko menafikan dakwaan tersebut.-Astro Awani.

SGMS Faida