“Beza 11 Bulan Je Dengan Khaleeda” – Isteri Hamil Anak Kedua, Fizo Omar Luah Rasa Syukur

Pelakon Fizo Omar memuat naik sebuah hantaran di Instagramnya berkongsi bahawa isterinya, Fazeera Nazri sedang hamil anak kedua yang kini sudah mencecah lima bulan usia kandungan.

“Syukur Alhamdulillah, another rezeki dari Allah buat kami semua,” tulis Fizo.

Menerusi perkongsian tersebut, Fizo memaklumkan bahawa jarak anak keduanya dengan yang bakal lahir hanyalah 11 bulan.

“Beza Khaleeda (anak kedua) dan adik dia ni 11 bulan je, kilang buka terus produce,” katanya selamba.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan juga rakan artis mengucapkan tahniah dan turut gembira dengan perkongsian Fizo.

Terdahulu, warganet perasan dengan ‘baby bump’ isteri Fizo ketika sedang melakukan ‘photoshoot’ di sebuah studio, namun Fizo menyatakan perut isterinya itu dipenuhi makanan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Fizo Omar Mengidam ‘Ride’ Motosikal, Netizen Komen “Baby Boy Gayanya”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Warganet Komen Nampak Baby Bump, Dakwa Isteri Fizo Omar Hamil Lagi? Ini Respons Tuan Badan…
Sekadar info, Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021.

Hasil Perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda, 7 bulan.

Fizo juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu iaitu Wan Maryam, 5 tahun.

Atiqah Johari