Pelawak Popular Masa Kini. Dengar pesanan Illya Senario Ni?

Pernah melalui fasa glamor pada tahun 90 an, pelawak Illya mengaku tidak pernah berkecil hati dengan bayaran lakonan berbanding dahulu.

Kata Illya atau nama sebenarnya Illya Buang Shaharum, dia berpijak pada bumi yang nyata bahawa ‘zamannya’ untuk meletak harga sudah berakhir.

“Mungkin sudah sampai masanya saya dan kawan-kawan artis seusia mencari peluang rezeki dengan cara lain. Saya juga pernah melalui fasa senang ketika kumpulan Senario berada di puncak suatu ketika dahulu.

“Pesanan kepada saya untuk pelawak muda, sementara di atas sentiasa beringat bahawa kehidupan sebagai artis ada turun naik. Beringat untuk simpan duit sebelum populariti menurun. Sentiasa bersedia dan ingat langit tidak selalu cerah,” katanya kepada Xtra ketika ditemui di majlis pelancaran Karnival Kasut Terbesar Al-Ikhsan di PWTC baru-baru ini.

Dalam masa sama, Illya turut berkongsi situasi berbeza ketika nama dia dan anggota Senario berada di puncak populariti suatu masa dahulu.

“Beza pelawak lama dan sekarang. Kalau dulu saya hanya menunggang motorsikal kapcai ke lokasi penggambaran. Zaman sekarang pelawak lalui situasi berbeza. Ke lokasi sahaja sudah pandu Toyota Alphard, itu belum kenderaan yang ada di rumah. 

“Beruntung pelawak zaman sekarang. Tetapi sentiasa beringat bahawa tidak selamanya kita di atas. Yang penting, simpan duit untuk kegunaan di masa hadapan,” nasihatnya lagi.

Masih aktif mengambil tawaran sebagai pelawak, Illya juga kini sibuk dengan perniagaan restoran menjual bubur nasiii yang terletak di Bangi. 

“Kedai ini sebagai persiapan masa depan. Andai kata gagal, saya tidak akan menyesal atau mengalah. Ibarat belajar naik basikal pasti pada awalnya kita akan jatuh. Sama juga dalam perniagaan. Doakan agar perniagaan saya berjalan lancar untuk tahun 2020,” akhirinya optimis. 

Oleh: Fas

SGMS Faida