Hiburan By: SGMS Enal December 12, 2017 @ 3:18pm

Bieber Pelawa Keaton Jones, Mangsa Buli Viral

Keaton Jones, mangsa buli yang video rintihannya menjadi viral kini mendapar rakan yang tak disangka-sangka apabila selebriti pujaan para gadis, Justin Bieber menganggapnya sebagai seorang kawan selain meluahkan rasa kagum dengan keberanian Jones bersuara.

Bieber yang mempunyai pengikut seramai 94 juta orang di akaun Intagramnya telah memuat naik satu ‘story’ bertujuan untuk memberikan semangat kepada remaja tersebut.

”Anda seorang lagenda, biarkan mereka (pembuli). Mereka hanyalah kanak-kanak yang nakal. Pertamanya anda adalah seorang lagenda, anda seorang ikon. Anda telah memberi inspirasi kepada orang ramai melalui mesej yang anda cuba sampaikan”, kata Bieber melalui ‘story’ tersebut.

Tidak lama selepas itu, satu kemas kini penyanyi antarabangsa tersebut melalui akaun Instagramnya, Bieber meminta Jones menghubunginya dengan cara menghantar pesanan terus atau DM.

“Awak boleh anggap saya kawan. Hubungi saya melalui direct message dan kita boleh berbual. Saya sayang awak!” tulis penyanyi itu.
Bukan itu sahaja, seorang atlet American Football Amerika Syarikat, Jarrett Guarantano juga menjadi antara individu berprofil tinggi di negara Uncle Sam itu yang kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Jones.

Malah Guarantano turut meluangkan masa untuk bertemu sendiri dengan Jones dan menganggap Jones kini sebagai adiknya sendiri.

“Dia sangat istimewa dan pertemuan ini telah mengubah hidup saya. Sekarang saya sudah ada adik yang sudah lama saya nantikan,” tulis Guarantano melalui kemaskini di Twitter.

Antara selebriti lain yang turut melahirkan rasa prihatin terhadap kejadian yang menimpa Jones adalah Katty Perry, Chris Evans, Enrique Iglesias, Ryan Seacrest dan Rihanna.

Sumber : Billboard

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Dec 2022

Kongsi Video Di Hospital, Ramai Cemburu Cara Izzue Islam Layan Isteri Penuh Kasih Sayang – “Setia & Bahagia..”

Bagus Izzue ni. Seorang suami yang sangat penyayang dan setia! Moga dipermudah segala urusan ❤️

Featured Thu, 15 Sep 2022

Aidil Aziz Tiada Masalah Fasha Sandha Berlakon Adegan Panas – “Di Luar Set, Tiada Siapa Boleh Sentuh Dia” 

Aidil akui cemburu Fasha berlakon adegan panas dengan aktor lain, namun dia gembira diberi peluang untuk berlakon bersama isteri tersayang 🥰

Featured Sun, 26 Mar 2023

[VIDEO] Amelia Henderson Dedah Pernah Hilang Rakan Baik Gara-Gara Bukan Dari Keluarga Kaya  – “Saya Nampak Siapa Ikhlas Berkawan Dan…”

Mesti kawan Amelia tu menyesal kan sekarang? 🤪🤪 Syukurlah dihindari kawan yang seperti ini fuhhh

Events Wed, 7 Aug 2019

张家辉看《使徒行者2》大哭!自嘲年纪大不考虑回TVB拍戏

张家辉自爆看《使徒行者2》大哭!被问会否回TVB拍戏?他坚决说不,还打趣的指 “都几十岁的人,怕拍拍下就那样走了!”

Featured Wed, 22 Jun 2022

[VIDEO] “Saya Masih Single Okay!” – Ira Kaza

Tuan badan dah buka mulut bagi ‘hint’ tu, harapnya semua baik-baik saja 😊