Bil Musa & Aqmal Ramdan Bawakan Seindah Kasih

Bersempena bulan Ramadan ini, Media Prima telah bawa kempen ‘Seindah Kasih’ sebagai tanda penghargaan kepada semua penonton setia.

Kempen Seindah Kasih ini menampilkan ramai rakan artis seperti Mimi Lana, Anas Ridzuan, Siti Saleha, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Ain Edruce dan Ejen Ali.

Kempen ini telah melancarkan lagu tema ‘Seindah Kasih’ yang dibawa oleh Bil Musa dan Aqmal Ramdan dan dihasilkan sendiri oleh Bil Musa bersama-sama dengan sahabatnya Asmyar Razqan dan Kirin Saadon.

Keunikan lirik dan muzik lagu Seindah Kasih ini juga merupakan runut bunyi untuk filem Seindah Kasih yang bakal ditayangkan di Tonton bermula 12 April 2023.

Mereka berdua berasa bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan yang berterusan daripada masyarakat dan mereka akan terus memberikan karya muzik yang berkualiti khas buat peminat mereka.

Lagu ‘Seindah Kasih’ boleh didengari di semua platform digital muzik dari 29 Mac 2023 dan layari laman web ini untuk maklumat lanjut tentang kempen Seindah Kasih: http://xtra.com.my/seindahkasih

Nurul Hana