“Bila Kurus, Cuba Labuhkan Tudung” – Netizen Tegur Cara Pemakaian Isteri Hafidz Roshdi

Isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri sering meraih perhatian ramai di media sosial sejak krisis rumah tangga pasangan itu hangat diperkatakan.

Menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik Shuhada, perubahan fizikalnya yang semakin kurus selepas konflik rumah tangga menjadi bualan wargamaya.

Ada juga netizen yang tampil menegur cara pemakaian Shuhada yang kini tampil semakin langsing.

“Shu, banyak yang support Shu tapi jagalah pemakaian. Macam tak sesuai dengan tudung singkat, baju ketat.

“Semua lawa sis tapi kalau turunkan lagi tudung tu lagi bertambah lawa. Bila kurus cuba labuhkan tudung tu.

“Singkat sikit tudung tu Shu, apa kata labuhkan sikit. Lebih manis begitu,” komen warganet.

Rata-rata netizen menegaskan Shuhada merupakan wanita yang mempunyai kecantikan tersendiri namun mereka turut menasihati ibu anak dua itu agar terus kekal dengan penampilan sopan.

Nurul Hana