“Bila Masa Saya Kata Marissa Kena Buatan Orang?” – Abby Abadi

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi menafikan dakwaan puterinya, Marissa Dania Hakim terkena perbuatan syirik orang lain.

Menerusi perkongsian di Instagram, Abby berkata terlalu banyak kenyataan yang dilemparkan terhadapnya berbaur fitnah semata-mata.

“Bila masa pulak saya keluarkan statement ni? Baca dekat mana? Banyak sangat ke pahala dorang ni asyik keluarkan kenyataan yg boleh menimbulkan fitnah pada saya? ishhh ishh ishhh,” tulisnya.

Abby berkata demikian bagi menjawab persoalan netizen menerusi pautan Ask Me A Question di Instagram yang bertanyakan kesasihan dakwaan Marissa terkena buatan orang.

Sebelum ini, Abby menjawab dakwaan berkenaan anaknya, Marissa yang telah menjadi isteri kedua kepada jejaka bernama Aslam.

Menurut Abby, dia berpendapat bahawa Aslam tidak mampu untuk berpoligami.

Dalam pada itu, Abby turut meluahkan isi hatinya mengatakan Marissa sudah berubah meskipun dijaga serba serbi cukup dengan bimbingan agama.

Terdahulu, Marissa yang juga merupakan anak selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi didakwa telah menjadi isteri kedua kepada Aslam dalam satu majlis pernikahan berlaku di Songkhla, Thailand.

Berita perkahwinan tersebut disahkan oleh kakak Misya, Nadiah Mazlan yang mengatakan Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan adiknya, serta tidak diketahui oleh Norman dan Abby.

Bagaimanapun, Misya seakan reda apabila rumah tangganya diuji sebegini rupa dan meneruskan kehidupannya seperti sedia kala tanpa lekang senyuman di bibir.

Artikel Berkaitan: Anggap Aslam Tak Mampu Berpoligami, Abby Abadi Luah Marissa Dania Berubah 360 Darjah – “Sampai Tahap Itu Dia Boleh Buat”

Artikel Berkaitan: Marissa Dania Nak Sertai Bisnes Tapi Introvert Dikritik Ramai, Respons Sharnaaz Ahmad Pula Curi Perhatian

Artikel Berkaitan:Seakan Reda Dimadukan Dengan Marissa Dania, Status Misya Mazlan Curi Perhatian – “Sesulit Apapun Keadaan, Ajar Hati Untuk Tak Membenci…”

Artikel Berkaitan: Kecewa Aslam Kahwini Marissa Dania, Kakak Dedah Misya Jauhkan Diri Dari Keluarga… Derita Hingga Jatuh Sakit – “Jiwa Tenang, Air Mata Tak Ada”

Artikel Berkaitan: Dakwaan Kahwin Lari Di Songkhla Tular, Marissa Dania ‘Unfollow’ Norman Hakim & Abby Abadi?

Artikel Berkaitan: Kakak Isteri Pertama Sahkan Marissa Dania Kahwin Dengan Aslam Di Thailand Sebagai Isteri Kedua!

Aqilah Paharuzi