Categories: SelebritiTrending

“Sakit, Penat, Panas Tapi Best!” – Cabar Diri Berlakon Babak Aksi Lasak, Sophia Albarakbah Mahu Keluar Zon Selesa

Pelakon Sophia Albarakbah akui mahu mencabar diri dengan membawa watak-watak yang lebih lasak dan di luar keselesaannya.

“Saya nak cuba benda lain sebab saya selalu dapat watak yang lembut-lembut kan. Jadi, saya mahu keluar daripada zon selesa itu. Saya nak jadi lebih versatil.

“So far memang mencabar, sakit, penat, panas tapi best lah sebenarnya. Saya enjoy!,” katanya.

Terbaharu, Sophia kini sedang menjalani penggambaran filem ‘Reeza’ yang diarahkan oleh Dr Ahmad Idham.

Filem ini memerlukan Sophia untuk melakukan babak-babak lasak tanpa menggunakan bantuan daripada ‘stuntman’.

Malah, dia juga berkongsi terdapat kesan lebam yang teruk selepas melakonkan aksi dalam babak tertentu selain berdepan sakit-sakit badan.

“Ada banyak ‘stunt’ yang saya kena buat. Saya iuga mempunyai banyak lebam. Saya juga perlu membuat aksi melompat ke dalam sebuah lori yang sedang bergerak. Banyak pengalaman baru buat saya.

“Semua aksi saya buat sendiri. Ia sangat mencabar tapi saya berlatih sampai dapat. Dia mencabar tapi seronok,” jelasnya lagi kepada XTRA.

Sophia ditemui di lokasi penggambaran filem ‘Reeza’ di Kawasan Rehat & Rawat dan Hentian Sebelah Seri Kembangan Southbound pada petang Ahad.

Untuk makluman, menerusi filem ‘Reeza’ ini, Sophia digandingkan bersama pelakon Alif Satar sebagai teraju utama.

Artikel Berkaitan: Grand Brilliance Studio Tampil Dengan Filem ‘Reeza’, Gandingkan Alif Satar & Sophia Albarakbah Sebagai Teraju Utama!

Atiqah Johari