Categories: SelebritiTrending

“Kalau Saya Share Tu Maksudnya Dibenarkan, Yang Rahsia Tak Letaklah” – Rosix Omar

Umum mengetahui, pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial, Rosix Omar mempunyai hubungan yang akrab bersama usahawan Noor Nabila dan keluarga.

Malah, Rosix dilihat sering memuat naik video bersama Nabila dan anaknya, Jebat Jayden di media sosial bagi menghiburkan warganet dengan telatah mereka.

Bukan itu sahaja, ada warganet juga menganggap dirinya sebagai tempat untuk mengetahui ‘rahsia’ rakan baiknya itu.

Susulan itu, Rosix menjelaskan bahawa dia hanya memaparkan perkongsian yang bersesuaian dan dibenarkan untuk berkongsi.

“Biasalah kita kawan baik. Kalau apa yang kita boleh reveal, ada dekat TikTok saya, ada dekat IG saya. Yang tak boleh reveal tak ada lah. Macam tu… simple je.

“Kalau saya share tu maksudnya dibenarkan share, kalau saya tease tease sikit tu saya rasa dibenarkan lah kot. Saya rasalah, walaupun saya tak minta izin pun tapi saya rasa dibenarkan, saya letak. Yang rahsia rahsia tu saya tak letaklah,” kongsinya.

Disoal mengenai kontroversi hubungan cinta yang melibatkan pelakon Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie baru-baru ini, Rosix memaklumkan bahawa dia tidak mengetahui perkara tersebut.

“Saya memang tak tahu apa-apa,” katanya ketika ditemui di sidang media LOOP Music Festival yang berlangsung di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur pada petang Selasa.

Untuk info, Rosix merupakan penerbit bagi LOOP MUSIC FESTIVAL yang bakal berlangsung pada 11 Mei 2024.

Artikel berkaitan: Rosix Omar Kongsi Gelagat Jebat Jayden Cakap Penang, Siap Berlakon Lagi! – “Hang Pi Mana?”

Artikel Berkaitan: Spill The Tea, Rosix Tak Sengaja Umum Nama GF Sharnaaz Ahmad Di TikTok Live? Claim Pernah Terlibat Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Orang Pergi Korea Beli Skincare, Dia Beli Ulam!” – Gelagat Noor Nabila & Rosix Curi Perhatian

Artikel Berkaitan: Unfollow Di Instagram? Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad Mengenai Status Hubungan Dengan Amelia Christie

Artikel Berkaitan: Dikritik Netizen Sebab Seakan Menafikan Hubungan Dengan Amelia, Sharnaaz Ahmad Beri Penjelasan – “Aku Rasa Ampa Salah Faham Ni”

Artikel Berkaitan: Didakwa Sharnaaz & Amelia Putus Cinta, Noor Nabila Tak Mahu Masuk Campur – “Kita Tak Boleh Nak Melawan Takdir”

Atiqah Johari