Akui Ada Suami Hidup Jadi Serabut, Nurul Shuhada Mohon Maaf Kenyataan Disalah Tafsir – “Maksud Saya Kena Heal Diri Sendiri Dulu”

Pempengaruh, Nurul Shuhada Mat Shukri mengakui kehidupannya tanpa sosok suami lebih menenangkan dan tidak serabut.

Shuhada atau lebih mesra disapa Shu itu berkata demikian ketika membalas komen salah seorang pengikutnya yang berkata tidak mengapa sekiranya dia tidak berkahwin lain kerana kehidupan solo lebih baik.

“Tak kahwin pun tak apa Shu. Single life is much better.. Entertain your life for your happiness and for your kids..,” tulis individu berkenaan.

“Ha’ahhhh shu fikir macam tu jugakkkk, serabut eh ada suami, baik single and have fun НАНАНАНА,” balas Shu terhadap komen tersebut.

Bagaimanapun, kenyataannya yang menganggap kehadiran suami membuatkan isteri serabut disalah erti oleh segelintir pihak.

Bekas isteri aktor sensasi Hafidz Roshdi ini ditegur oleh pengikutnya di Instagram mengatakan tidak seharusnya Shu berkata demikian.

Menyedari akan kekhilafannya itu, Shu tampil memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan komennya itu.

“Allah Allah sorry. Shu tersilap kata, maksud saya, Shu kena heal myself first. Terima segala takdir Allah, jodoh rezeki ajal maut semua Allah dah tulis yang terbaik,” katanya lagi.

Sekadar info, Shu dan Hafidz berkahwin pada 30 April 2019 namun bercerai talak satu pada 27 Julai tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah dan Umar.

Artikel Berkaitan: “Bagi Peluang Kau Lari, Kau Tak Nak Dengar” – Nurul Shuhada Nak Lawan Habis-Habisan?

Artikel Berkaitan:  6 Bulan Tak Jenguk Anak-Anak, Nurul Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Tak Mahu Ambil Peduli – “Dah Kembali Berkahwin Jadi Mungkin Dia Fikir…”

Aqilah Paharuzi