‘Bila Nak Kahwin Betul-Betul?’, Peminat Suruh Remy Ishak Melamar Mira Filzah

Gandingan dua pelakon popular, Remy Ishak dan Mira Filzah ternyata mencetuskan fenomena pada masa ini. Ternyata kerjasama mereka dalam Pujaan Hati Kanda sebagai teraju utama membuatkan penonton tidak senang duduk.

Lebih menarik, rata-rata peminat berharap hubungan watak Danny (Remy Ishak) dan Tiara (Mira Filzah) mendapat pengakhiran terbaik. Malah, bukan dalam drama sahaja tetapi peminat juga berharap mereka bersatu di dalam realiti. Wow!

Nampaknya selepas gandingan mereka dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda, ramai yang tak boleh move on dengan babak romantis lakonan pasangan selebriti ini. 

Tapi jangan sampai berlebihan pula permintaan netizen, Abang Remy kan masih tunangan seseorang manakala Mira Filzah juga masih berkawan dengan pelawak Zizan Razak. Bertenang okay semua?

Drama 28 episod Pujaan Hati Kanda arahan Eoon Shuhaini diterajui barisan pelakon popular seperti Remy Ishak, Mira Filzah, Sarah Hildebrand dan ramai lagi bersiaran di Slot Akasia TV3 jam 7 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

SGMS Faida