Berita Baik Untuk Semua, CJ WOW Shop Kini Boleh Di Tonton Sepanjang Hari!

Memang WOW! Kini rangkaian beli-belah di rumah yang paling  inovatif akan menemui penonton setianya sepanjang hari! Jadi, kepada peminat barangan korea anda berpeluang shopping tanpa henti kerana CJ WOW Shop akan memperkenalkan barangan terbaik mereka terus kepada anda . Wow kan?

CJ WOW Shop akan bersiaran sepanjang hari menerusi rangkaian NTV7 bagi program berbahasa Mandarin dan TV9 bagi program berbahasa Melayu dan pelbagai barangan terbaru yang pastinya membuatkan anda dirumah rambang mata, sampai tak tahu mana satu nak shopping!

Selain itu, sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, terdapat pelbagai tawaran menarik yang akan menanti pemanggil terpantas bagi sebarang pembelian yang dibuat semasa siaran langsung program ini dijalankan. Termasuklah , promosi berganda dari CJ WOW Shop.

Jadi jangan ketinggalan pelanggan boleh membeli produk-produk yang terpapar di kaca televisyen dengan membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, http://www.cjwowshop.com.my atau melalui pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.

Salma Syahbuddin