Categories: HiburanSelebriti

Bila Pakar Cinta Dah Penat Bercinta…

Terkandas lagi! Penyanyi Rihanna yang beberapa kali putus cinta kali ini berdepan dengan situasi sama apabila hubungannya dengan jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel putus di tengah jalan.

Memetik sumber Harper Bazaar, Rihanna dikatakan meminta perhubungan itu putus kerana sudah ‘letih’ bercinta.

Mungkin disebabkan penyanyi ini kini sibuk dengan rangka promosi drama Ocean’s 8, penyanyi yang mesra disapa Riri ini meletakkan titik noktah dalam hubungan mereka.

“Hubungan mereka baik-baik sahaja tapi ia sudah berakhir. Rihanna memutuskan hubungan mereka. Itu memang kepakarannya dan mungkin penyanyi itu sudah mula penat bercinta,” kata sumber itu. 

Dalam perkembangan lain, Riri juga akan melancarkan jenama pakaian dalamnya sendiri, Savage X Fenty dan memantau perniagaan produk kecantikan, Fenty Beauty yang kini semakin mendapat perhatian peminat dari seluruh dunia.

Rihanna dan jutawan Arab Saudi itu mula bercinta sejak Jun tahun lalu ketika mereka dilihat bermesraan ketika bercuti di Sepanyol. 

Hassan merupakan naib presiden kepada sebuah syarikat terbesar dunia milik keluarganya, Abdul Latif Jameel. Tak apalah Riri, kumbang bukan seekor kan? Cuba lagi!

SGMS Faida