‘Bila Tersedar, Saya Lihat Ramai Kerumun Kereta’- Natasha Elyzza Kongsi Saat Cemas

Pelakon Natasha Elyzza berdepan dengan saat cemas apabila kereta yang dipandu dirempuh sebuah bas.

Menurut pelakon berusia 25 tahun ini, kejadian berlaku di Phuket Thailand, dua minggu lalu.

“Allah sahaja yang tahu bagaimana cemasnya perasaan saya dan rakan-rakan ketika kejadian

“Ketika itu saya sedang memandu dan mahu membuat pusingan U. Tiba-tiba sebuah bas merempuh kereta kami dan selepas itu saya tidak sedar apa yang berlaku. Bila sedar, saya lihat ramai orang kerumun kereta,” katanya kepada Xtra.

Pelakon drama Dah Mati Pun Cantik itu memberitahu dia dan rakan-rakan terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 30,000 baht sekitar RM4000.

“Kami juga terkandas di sana selama tiga hari kerana pasport dipegang oleh pihak berkuasa. Syukur segalanya dipermudahkan selepas membayar ganti rugi kereta yang disewa, kami segera pulang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya yang mendapatkan rawatan di salah sebuah pusat perubatan swasta.

Dalam perkembangan lain, Natasha kini sedang berehat dari sebarang aktiviti lakonan sebelum kembali aktif pada tahun hadapan.

SGMS Faida