Bilal Dapat Duit Raya Lebih RM14,000… Neelofa & PU Riz Syukur Rezeki Anak – “Ada Yang Beri 1000 Dirham, Masya-Allah”

Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa dan pasangannya, Muhammad Haris Ismail meluahkan rasa terkejut atas hasil kutipan duit raya putera sulungnya, Muhammad Bilal yang mencecah sehingga RM14,020 sempena sambutan hari raya baru-baru ini.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Neelofa menerusi akaun TikTok miliknya pada Isnin.

Menerusi hantaran tersebut, Neelofa dan Haris masing-masing sibuk mengira duit raya Bilal yang penuh dengan wang jumlah RM100.

Malah, Bilal turut menerima wang luar negara iaitu negara United Arab Emirates berjumlah 1,000 Dirham bersamaan dengan RM1,192.73.

“Alhamdulillah, jazakallahukkhair kepada semua yang memberi duit raya kepada Muhammad Bilal.

“Sampai ada juga beri 1000 Dirham. Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi,” ujar Haris.

Menerjah ke ruangan komen video tersebut, ramai dalam kalangan netizen yang turut terkejut dengan hasil kutipan duit raya putera Neelofa dan Haris itu.

Ada dalam kalangan mereka yang sempat berseloroh dengan berkata duit KWSP pun kalah dengan duit raya Bilal.

Semasa artikel ini ditulis, video yang dikongsikan Neelofa itu sudah meraih lebih 1,100,000, lebih 3,000 komen dan 11,000 perkongsian semula.

@neelofa

♬ Eid Mubarak – Aayat Arif

Neelofa yang turut setia disamping suami turut tertawa kecil dan meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki yang melimpah ruah kepada anaknya.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfirtri, Neelofa dan Haris pertama kali berkongsi sebuah gambar mereka sekeluarga di ruangan Instagram, namun wajah Bilal diletakkan emoji.

Bagaimanapun, menerusi hantaran tersebut ramai berteka-teki Bilal mempunyai raut muka yang sangat comel, gebu dan putih.

Aqilah Paharuzi