Bimbang Dengan Setiap Perkongsian Di Media Sosial, Uyaina Arshad Minta Warganet Jaga Lisan & Penulisan

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad tampil meluahkan kebimbingannya melihat setiap perkongsian yang muncul di media sosial kebelakangan ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Uyaina sempat meminta agar semua pihak dapat menjaga tutur kata dan penulisan yang dikongsikan di setiap platform media sosial.

“Lately ni bila buka social media, banyak betul news yang menyesakkan dada & buat kita yang baca pun jadi stress.

“You guys take care of your mental health ok. And jaga jugak perkataan yang kita tulis di sosmed. Words can really hurt. Jaga lisan & penulisan.

“Btw, untuk orang yang paling acah dikenali ni kita nak buat macam mana ya? Layankan ajaaaaaaa,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan pelakon itu.

“Betul, kadang malas nak scroll, pusing-pusing tu je. Memang ignore je lah jawabnya. Dah 2023, masih dekat tahap situ je. hmmm sedih betul.

“Betul 😢 takut baca komen-komen kat ig fb. Rasa tak mau buka social media tapi tak boleh kita cari rezeki dengan ni.

“You strong kakak!! Ignoree those negative comments. Dislike dislike!!,” komen peminatnya.

 

Fatin Nurain