Lagu Selagi Ku Ada Gandingan Nabila Razali & Khai Bahar Raih Pujian – “Yang Dah Lama Ditunggu-Tunggu…”

Penyanyi Nabila Razali dan Khai Bahar tampil meraih pujian daripada peminat selepas mereka menghasilkan lagu duet bersama yang berjudul Selagi Ku Ada.

Di platform Youtube, muzik video lagu tersebut mula menjadi bualan ramai dan mendapat perhatian pendengar biarpun baru sahaja dikeluarkan pada Rabu lalu.

Malah, lagu ini juga merupakan salah satu runut lagu bagi sebuah drama lakonan Nabila yang berjudul Kerana Cinta Itu Ada di Slot Akasia, TV3.

Menjengah ke ruangan komen, lagu tersebut telah menerima pelbagai maklum balas yang positif daripada peminat yang rata-ratanya memang menantikan kedua-dua penyanyi itu bergandingan bersama.

“Bestnya lagu Nabila Razali dengan Khai harap lagu dapat masuk AJL jom kasi trending no 1.

“Wowwww out standing lagu ni sedihhhhh, lakonan kalau Nabila memang berbakat sangat dia berlakon. Next harap ada drama Nabila jadi watak utama tapi janganlah ada adegen mati-mati tak leh move on.

“Semakin dengar semakin sampai ke hati..bait-bait lirik dan melodi seiring persembahan vokal khai dan bella..love sangat.

“Saya sedih bukan sebab apa tau. Sebab gembira dua orang bff ni akhirnya ada duet song. Akhirnya yang dah lama ditunggu-tunggu,” komen peminatnya.

Setakat artikel ini ditulis, lagu Selagi Ku Ada ini sudah mencecah 84,000 tontonan dan 5,300 tanda suka di platform YouTube.

Fatin Nurain