Hiburan By: Maya Basir September 28, 2023 @ 11:37am

Bimbang Timbul Fitnah, Ruhil Amani Akui Sudah 4 Tahun Bercerai

Penyanyi Ruhil Amani mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan suami, Jamil Wilson sejak Mei 2019.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ruhil memberitahu dia terpaksa menyorokkan mengenai perkara itu kerana mahu melindungi anaknya iaitu Ariana yang baru berusia 15 tahun dan Raayan, 8.

Menurutnya, dia hendak memastikan mereka berdua dapat menyesuaikan diri dengan situasi kehidupan baru serta untuk mengelakkan sebarang salah faham.

“Assalamualaikum buat kawan semua. Di sini saya ingin memaklumkan dan mengesahkan yang saya dan juga bekas suami saya sudah bercerai pada tanggal Mei 2019.

“Sebelum ini saya mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan pada kawan semua kerana sebagai seorang ibu, tanggungjawab dan keutamaan saya adalah untuk melindungi anak saya Ariana yang akan menduduki peperiksaan penting IGCSE dan Raayan yang baru sahaja berusia lebih kurang 8 tahun,” jelasnya.

Tambahnya, dia terbuka untuk memaklumkan berita perceraian ini selepas berbincang dengan anak-anak selain isu tersebut sudah mendapat perhatian ramai.

“Tujuan saya memberi kenyataan pada hari ini kerana untuk mengelakkan sebarang tanda tanya dan salah faham yang boleh menimbulkan fitnah,” ujarnya enggan mendedahkan punca perceraian.

Pada masa sama, dia bersyukur dengan sokongan yang diterima daripada keluarga dan rakan-rakan.

“Alhamdulillah, berkat doa dan sokongan keluarga dan teman rapat, saya dan anak-anak dapat menyesuaikan diri, meneruskan kehidupan dan bahagia dengan fasa kehidupan baru kami.

“Saya juga sangat bersyukur kerana dianugerahkan oleh Allah SWT anak-anak yang baik, Kuat dan matang dari usia mereka,” katanya.

Terdahulu, Ruhil enggan mendedahkan status perkahwinan apabila terdapat dakwaan mereka tidak lagi bersama.

Untuk rekod, Ruhil dan Jamil mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ruhil Ariana Wilson, 19, dan Raayan Alexander Wilson, 12.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 31 Oct 2022
Hiburan Tue, 18 Jun 2024
Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Gambar Sekitar Majlis Khatam Al-Quran Shila Amzah

Gambar yang dimuatnaik menerusi laman Twitter anhevents, majlis itu dilaporkan berlangsung pada hari ini. Alhamdulillah, Tahniah Shila dan bakal suami!

Hiburan Mon, 9 Jan 2023

Fabulous Friday Tulus Ubat Rindu Peminat Malaysia

Penyanyi versatil, Tulus kembali ke Malaysia untuk menghiburkan peminat di Fabulous Friday Tulus yang berlangsung pada 5 dan 6 Januari lalu. Persembahan yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 8.30 […]

Featured Wed, 23 Nov 2022