Bintang K-Pop, Henry Lau Dilaporkan Bakal Bintangi Drama Terbaharunya!

Mana peminat-peminat K-Drama dekat sini? Yes! Ada berita baik buat korang sebab Henry Lau dikhabarkan bakal muncul semula menerusi drama siri terbarunya! 

Selepas empat tahun menyepi daripada dunia lakonan, bekas anggota K-pop Super Junior ini dilaporkan akan buat kemunculan semula setelah drama terakhirnya “Oh My Venus” pada tahun 2015 yang lalu.

Menurut laporan agensinya iaitu Monster Entertainment, Henry Lau masih dalam perbincangan untuk membawakan watak  Seung Woo dalam sebuah drama bersiri yang bertajuk “Dramaworld” musim kedua.

 

Henry Lau (kanan) dalam “Oh My Venus”

 

“Dramaworld” merupakan sebuah karya yang bertemakan romantik komedi dan fantasi yang memilih Los Angeles dan Seoul sebagai lokasi penggambarannya. 

Berkisarkan tentang seorang pelajar kolej Amerika, iaitu Claire Duncan yang merupakan peminat fanatik drama Korea, namun kemudiannya mendapati dirinya bukan lagi sekadar peminat K-Drama apabila secara tiba-tiba berfantasi berada dalam salah satu “drama” kesukaannya.

Terdahulu, musim pertama drama ini telah mendapat sambutan luar biasa di peringkat global menerusi lakonan hebat Han Ji Min dan Choi Siwon Super Junior.

“Dramaworld” musim kedua dilaporkan bakal memulakan penggambarannya pada awal tahun hadapan setelah pemilihan barisan pelakon selesai.

Haa, mesti korang tak sabar nak lihat macam mana agaknya watak Seung Woo yang akan dimainkan oleh Henry Lau bukan? Kalau nak tahu, stay tuned!

Sumber foto: www.weheartit.com.my

Syafiqa Irdina