Blackpink Trending Di Twitter, Peminat Teruja Mula Banjiri Perkarangan Stadium – “Demi BLINK! Tak Kisah Hujan Lebat Ke Tak”

Penangan kumpulan popular Korea Selatan, Blackpink begitu luar biasa apabila rata-rata peminatnya sanggup menunggu kedatangan mereka seawal malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA1).

Malah, ada yang sanggup datang dari negara luar demi menyaksikan konsert BornPinkInKL yang akan bermula seawal  jam 8 malam nanti.

Bukan itu sahaja, hashtag #BLACKPINKinKualaLumpur juga ‘trending’ di Twitter dan meraih sokongan ramai terutamanya dari kelab peminatnya, BLINK.

Menerusi tinjauan XTRA di laman sosial itu, rata-rata peminat juga sudah mula berkumpul dan membanjiri perkarangan stadium Nasional Bukit Jalil seawal jam 8 pagi tadi.

Dalam pada itu, peminat Blackpink juga tidak kisah dengan keadaan cuaca yang diramalkan akan hujan dek kerana teruja untuk menyaksikan persembahan dari artis kesayangan mereka.

Salma Syahbuddin