Tayangan Filem Sensasi Mentega Terbang Akhirnya Dihentikan!

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akhirnya memaklumkan, platform penstriman Viu menghentikan tayangan filem kontroversi, Mentega Terbang pada 27 Februari lalu.

Memetik laporan Berita Harian, walaupun SKMM tidak mempunyai kuasa menapis filem dan drama televisyen kerana tidak berada di bawah bidang kuasanya, suruhanjaya itu sudah menghubungi Viu sebelum mengesahkan penamatan filem Mentega Terbang.

“SKMM akan sentiasa bekerjasama dan memberi sokongan teknikal kepada jabatan agama negeri untuk menjalankan siasatan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah.

“Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 menyatakan bahawa penapisan filem atau drama pada platform penstriman tidak terletak di bawah bidang kuasa SKMM,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, JAKIM akan bertemu pasukan produksi filem terbabit dan pihaknya sudah menyemak kandungan filem itu dan mendapati ia bertentangan dengan akidah Islam.

Terdahulu, filem kontroversi ini mendapat perhatian pelbagai pihak selepas ramai mempersoalkan bagaimana filem berkenaan dibenarkan untuk ditayangkan bagi tontonan umum.

ARTIKEL BERKAITAN:“Padam Kenyataan & Mohon Maaf Secara Terbuka” – Pengarah Filem Kontroversi Nafi Mentega Terbang Persenda Agama Islam

ARTIKEL BERKAITAN:Bawa Watak Utama, Firdaus Karim Enggan Ulas Isu Bertentangan Akidah Dalam Filem Sensasi Mentega Terbang

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Filem Mentega Terbang: JAKIM Dapati Terdapat Tentangan Yang Jelas Dengan Akidah & Cara Hidup Islam, Pihak Terlibat Bakal Dipanggil

ARTIKEL BERKAITAN:Filem Kontroversi Didakwa Sentuh Bab Agama, Pengarah Mohon Tonton Sampai Habis

Sumber: BH

Salma Syahbuddin