“Bab Agama Didikan Dia Champion!” – Sharnaaz Ahmad Puji Noor Nabila Pandai Didik Jebat Jayden

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad memuji bekas isteri, usahawan popular, Noor Nabila Mohd Noor kerana mendidik anak kesayangan mereka, Jebat Jayden Ahmad dengan didikan agama yang baik.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGS) miliknya, pelakon filem Jebat itu memuat naik semula foto anak lelakinya yang kini berada di Tanah Suci.

“Kalau bab agama alhamdulillah didikan Nabila champion.

“Tapi, bab didikan haru bin biru bin hara, serahkan pada al king of anak antoo… I love you my little anak antoo @jebatjayden,” tulisnya pada paparan foto berkenaan.

Terdahulu, Sharnaaz mencuri perhatian warganet selepas dilihat menghantar bekas isteri bersama anak mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIA1) untuk mengerjakan umrah.

Bahkan, ramai juga yang memuji hubungannya bersama keluarga bekas isterinya itu yang masih baik.

Salma Syahbuddin