Featured By: Fatin Nurain January 5, 2023 @ 3:25pm

Blue Bakal Adakan Konsert Jelajah Di Malaysia 10 Februari Ini!

Kumpulan antarabangsa Blue mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah di Malaysia anjuran Hitman Solutions & Happymoon, pada 10 Februari ini.

Konsert yang dinamakan ‘Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour’ akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), jam 8:00 malam.

Menurut Rohit Rampal selaku penganjur,  pihaknya dan Happymoon sangat teruja untuk membawakan boy band British itu ke Malaysia bagi meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan mereka menerusi konsert jelajah ini.

“Kami dan Happymoon sangat teruja untuk mengumumkan bahawa sebuah lagi konsert bakal dianjurkan dengan membawa salah sebuah boy band British yang terkenal iaitu Blue dalam rangka jelajah mereka di serata dunia bagi meraikan ulangtahun ke-20 penubuhannya.

“Pada malam konsert, kami menjangkakan penonton akan bersama-sama menyanyikan lagu hit seperti ‘All Rise’, ‘One Love’, ‘If You Come Back’ dan banyak lagi selain mengimbau kembali zaman percintaan di alam remaja,” katanya.

Selain itu, Pengasas Happymoon Kesavan Purusotman atau lebih mesra dikenali sebagai KC menyatakan kerjasama ini telah mewujudkan impak yang positif dalam kalangan penggemar muzik tanah air.

Malah, pihak penganjur berbesar hati untuk memenuhi permintaan peminat muzik dengan menampilkan konsert dari pelbagai genre.

“Terdapat permintaan yang tinggi terhadap konsert dari pelbagai genre, dan ia menjadi keutamaan kami untuk memenuhi permintaan peminat muzik.

“Blue adalah pilihan boy band yang tepat kerana mereka sedang meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan kumpulan itu sejak awal 2000-an dengan siri jelajah dunia yang dikenali sebagai ‘Heart & Soul Tour’ untuk meraikan peminat dari dulu hingga sekarang,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket konsert tersebut menerusi laman sesawang www.hitmanlive.com yang sudah mula dijual pada 4 Januari 2023, semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Bekas Isteri Ahmad Dhani Bernikah Dengan Ahli Perniagaan Terkenal Indonesia

Bukan itu saja, ayahanda kesayangan Maia, Harjono Sigit turut kelihatan sebak di majlis pernikahan tempoh hari.

Featured Wed, 25 Sep 2019
Events Tue, 12 Feb 2019

Netizen Puji Tindakan Beby Maembong, Lelaki Juga Boleh Pakai Bengkung Ya!

Kalau nak tahu, Beby sebenarnya mempunyai ukuran pinggang sama seperti Allahyarham Saloma tau!

Featured Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Tue, 30 May 2023
LIFESTYLE Mon, 4 Mar 2019

These 6 Malaysian Hotels are Forbes Travel Guide 2019 Star Award Winners

These 6 hotels are on par with other international establishments.

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Featured Tue, 25 Oct 2022
Hiburan Mon, 13 Jan 2020